• News
  • BENGKEL PELAPORAN PENCAPAIAN MyRA 2021 DAN PENETAPAN SASARAN MyRA 2022

BENGKEL PELAPORAN PENCAPAIAN MyRA 2021 DAN PENETAPAN SASARAN MyRA 2022

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) telah mengadakan Bengkel Pelaporan Pencapaian MyRA 2021 dan Penetapan Sasaran MyRA 2022 pada 16 hingga 18 Disember 2021 (Khamis – Sabtu) di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Penglibatan peserta untuk bengkel ini terdiri daripada Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti (SPaQM), Dekan dan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan) Fakulti, Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Pengarah Pusat Pengajian Teras (PPT), Timbalan Pengarah Pusat Pengajian Teras (PPT), Pengarah Pusat Kecemerlangan (CoE), Pengarah Pusat Asasi Sains & Perubatan UniSZA (PUSPA), Pengurusan CREIM dan Urusetia CREIM.

Objektif mengadakan bengkel ini adalah bertujuan untuk membentang pencapaian MyRA 2021 setiap fakulti/ institut/ pusat, merangka perancangan untuk memajukan penyelidikan universiti secara bersistemetik seterusnya mencapai sasaran MyRA 2022 dan nenetapkan sasaran dan KPI MyRA 2022 bagi setiap fakulti/ institut/ pusat.

Bengkel tersebut telah berjalan dengan lancar dan dapat mengumpul idea baru daripada para peserta yang terlibat. Diharap dengan adanya program seperti ini, dapat memantapkan lagi sasaran MyRA untuk menaikkan kedudukan universiti di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

IMG 7263