• News
  • MAJLIS APRESIASI PENYELIDIKAN 2021

MAJLIS APRESIASI PENYELIDIKAN 2021

Majlis Apresiasi Penyelidikan 2021 telah diadakan pada 25 November 2021 bertempat di Dewan Duyong Convention Centre 2 & 3, Duyong Marina & Resort. Penganjuran majlis ini diadakan khusus sebagai tanda penghargaan kepada semua penyelidik yang telah menerima geran KPT dan geran penyelidikan luar (PPL) bagi tahun 2021. 56 geran penyelidikan yang telah berjaya diperoleh oleh penyelidik UniSZA dengan nilai keseluruhan sebanyak RM3,870,605.27

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Pengarah (Inovasi), Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM), Dr. Wan Khairul Aiman bin Wan Mokhtar, dan diikuti dengan ucapan daripada Pengarah CREIM, Prof. Madya Dr. Zarina binti Mohamad.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Fadzli bin Adam. Beliau berbesar hati kerana majlis seumpama ini dapat diadakan dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kemuncak majlis adalah penyampaian sijil kepada penerima geran, diikuti dengan jamuan minum petang. Majlis Apresiasi Penyelidikan 2021 berjalan dengan lancar dan diharap majlis seumpama ini dapat dijadikan acara tahunan bagi menyuntik semangat kepada penyelidik-penyelidik lain di UniSZA untuk mendapatkan geran penyelidikan di masa akan datang.

IMG 20211125 163847