• News
  • UniSZA Teruskan Momentum Kecemerlangan di MPI 2020

UniSZA Teruskan Momentum Kecemerlangan di MPI 2020

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mengekalkan momentum kecemerlangan dalam program Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) bagi edisi tahun 2020 apabila berjaya meraih 33 pingat emas, 51 pingat perak dan 51 pingat gangsa.

Lebih membanggakan, produk iAMR : Intelligent Auto-Dispenser Mosquito Repellent System hasil ciptaan Dr. Wan Aezwani Wan Abu Bakar turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Grand Award dalam majlis penutup yang berlangsung di Dewan Canselor, Kolej Universiti TATI (UC TATI) pada hari terakhir program tersebut.

iAMR merupakan produk inovasi yang direkacipta bagi menghalau nyamuk melalui semburan automatik racun nyamuk menggunakan teknologi IT dan sensor. Teknologi IT dan sensor ini akan menentukan waktu dan kadar semburan yang terbaik bagi menghalau nyamuk . Dengan penggunaan produk ini, masalah nyamuk di kediaman dapat diselesaikan dengan efektif dan mudah.

Dengan tema 'Penyatuan Minda Kreatif & Kritis Dalam Memacu Inovasi Teknologi Terkini', MPI 2020 yang berlangsung pada 10 – 11 Mac 2020 di Dewan Canselor, Kolej Universiti TATI (UC TATI) telah berjaya mengumpulkan sebanyak 444 produk inovasi di kalangan warga institut pengajian tinggi (IPT), sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Majlis penutup MPI 2020 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Anuar Ahmad, Rektor UC TATI. Turut mengiringi beliau adalah Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan serta Prof. Dr. Zamri Ibrahim yang mewakili pengurusan tertinggi UMT.

Tahniah dan syabas buat semua pihak yang menjayakan MPI 2020.

 

89920257 2589610557835260 6221716313912377344 o