• News
  • UniSZA Perbaiki Pencapaian Lalu Dalam PECIPTA 2019

UniSZA Perbaiki Pencapaian Lalu Dalam PECIPTA 2019

UniSZA melalui Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) telah menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor pada 22 hingga 23 September 2019.


Penyertaan pada PECIPTA tahun ini telah berjaya membuahkan hasil yang amat membanggakan apabila semua produk UniSZA telah dianugerahkan dengan pingat. Sebanyak tujuh (7) pingat emas, lima (5) pingat perak dan satu (1) pingat gangsa telah berjaya diperolehi oleh produk UniSZA. Pencapaian ini lebih membanggakan apabila kutipan pingat emas kali ini merupakan yang terbanyak sepanjang penyertaan UniSZA dalam PECIPTA.


Bertemakan Inovasi Melangkaui Imaginasi, PECIPTA adalah acara dwi-tahunan yang dianjurkan secara bersama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih sejak tahun 2000.


Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang penganjuran PECIPTA tahun ini. Antaranya adalah STEM Young Inventor, The Pitch, Misnistry Talk dan pameran daripada industri. Acara yang diatur ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman secara tidak langsung kepada peserta PECIPTA terhadap peluang dan tawaran menarik dalam bidang inovasi dan penyelidikan.


Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan urusetia UniSZA yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan UniSZA di PECIPTA 2019.

Keputusan Penyertaan UniSZA dalam PECIPTA 2019

Bil.

Nama

PTj

Projek

Pingat

 1.

Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh

FKI

EduGaya 4.0

Emas

 2.

Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad

FPP

Maqasid Shariah Quality of Life Assesment (e-MSQoL) Application

Emas

 3.

Prof. Madya Dr. Normadiah Daud

FKI

Shariah Compliant Milk Bank Model

Emas

 4.

Prof. Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin

FIK

Virtual Lower Limb Rehabilitation for Post-Stroke Patients

Emas

 5.

Prof. Madya Dr. Radzuwan Ab. Rashid

FBK

COLLA-TALE: The Smart System for Creative Writing

Emas

 6.

Dr. Abd Jamil Zakaria

FBIM

Superb Dairy Fertilizer (SDF)

Emas

 7.

Dr. Mohd Hasrul Shuhari

FKI

My Shakhsiyyah AR

Emas

 8.

Prof. Madya Dr. Roslan Umar

ESERI

UniSZA-SID : UniSZA-Sudden Ionospheric Disturbance System

Perak

 9.

Prof. Madya Dr. Mohd Mokhlesur Rahman

 

Production of Halal Pheromone for Perfumes from Salacca Zalacca (salak) Fruit

Perak

 10.

Dr. Siti Fatimah Salleh

FKI

e-Anak Susuan

Perak

 11.

Dr. Wan Nor Shuhadah Wan Nik

FIK

i-BeeHOME: An Intelligent Stingless Honey Beehives Monitoring Tools

Perak

 12.

Dr. Norshazila Shahidan

FBIM

Low Glycemic Index Fruit Spread from Immature Rock Melon

Perak

 13.

Prof. Dr. Hafizan Juahir

ESERI

Waste Trap

Gangsa

 70539183 2133909550239046 7264295087868215296 n

70652172 2133802640249737 2030826069883355136 n