UniSZA, UMT dan TATIUC Jayakan MPI 2019

Program Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) merupakan program tahunan anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (RMIC) UniSZA sejak tahun 2013. Penganjuran MPI kali ini merupakan kolaborasi ketiga antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kolej Universiti TATI (TATIUC).

Program MPI 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 – 13 Mac 2019 bertempat di Dewan Al-Mufkafi Billah Shah (DABS), UniSZA Kampus Gong Badak. Program pada tahun ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada peserta institusi penganjur. Pecahan penyertaan adalah sepertimana berikut :-

Jabatan

Bilangan Penyertaan

UniSZA

164

UMT

150

TATIUC

60

Universiti Awam (UA) Lain

8

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

3

Institut Pendidikan Guru

14

Lain – lain

11

Sekolah

10

Jumlah

420

Seramai 72 orang juri daripada IPT dan industri telah dilantik bagi menilai produk – produk yang dipertandingkan. Proses penilaian telah dijalankan pada hari pertama program bermula pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Hasil penilaian juri, sebanyak 94 pingat emas, 129 pingat perak dan 127 pingat gangsa telah dianugerahkan kepada produk yang layak. Senarai pemenang pingat mengikut institusi adalah sepertimana berikut :-

Jabatan

Pingat Emas

Pingat Perak

Pingat Gangsa

Jumlah

UniSZA

38

50

51

139

UMT

30

51

46

127

TATIUC

12

14

20

46

UA Lain, IPTS, IPG & Lain-lain

9

9

10

28

Sekolah

5

5

0

10


Anugerah khas turut diberikan kepada produk yang terpilih bagi mengiktiraf hasil penyelidikan yang dilaksanakan. Senarai produk yang memperoleh anugerah khas adalah sepertimana berikut :-

BIL

NAMA

NAMA PRODUK

JABATAN

ANUGERAH

1

Dr. Abd Jamil Bin Zakaria, Prof. Madya Dr. Hasbullah Bin Muhammad, Dr. Nadiawati Binti Alias, Dr. Wan Rohani Binti Wan Taib, Zakiah Binti Mustapha

Superb Dairy Fertilizer (SDF)

UniSZA

Grand Award

2

Prof. Madya Ts. Dr. Rosliza Binti Ramli, Nur Ashimah Binti Awang

Evaluation Of Inhibitive Effect Of Musa Paradisiacaon Marine Corrosion Of Mild Steel

UMT

Semi Grand Award

3

Dr. Rosazlin Abdullah, Nur Sa’adah Binti Abdul Halim, Hud Bin Sulaiman, Jaafar Bin Yunus, Zahidah Binti Ab Razak

Biorenewable Resource Biochar Kiln

UM

Semi Grand Award

4

Dr. Mohd. Uzair Bin Rusli, Chong Kai Syin, Nur Nadhirah Syafiqah Binti Suhaimi

Turtle Lab – The First Public Viewing Lab in Malaysia

UMT

Special Award

5

Dr. Riswadi Azmi, Rodiah Mustafa, Ustazah Faizah Ismail, Siti Khatijah Binti Harun, Ahmad Mustaffa Bin Mohamad, Mohammad Zakariyya Bin Mohamad

Myihsan: Solving The Delay In Student’s Financial Aid Application Process

UMT

Special Award

6

Jasli Bin Ismail, Nur Najwa Ayuni Bt Jamal, Aini Khairiah Bt Khairul Anuar, Nurul Najwa Bt Ma’at, Azreen Syazleen Bt Abdul Razak, Amirah Anisha Binti Rashidi

Cat Booster

Smk Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu

Special Award

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan dengan jayanya pada hari kedua program oleh Y. Bhg. Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timabalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA. Turut mengiringi beliau adalah Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad dan Pengarah RMIC UniSZA, Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Bahri Mohamed. Y. Bhg. Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad turut berkesempatan melawat tapak pameran bagi melihat sendiri kemeriahan dan keunikan produk-produk yang dipertandingkan.

 Adalah diharapkan agar kerjasama seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Maklum balas yang diterima daripada peserta dan pengunjung adalah amat menggalakkan dan diharapkan agar program ini akan menjadi program perdana bagi UniSZA, UMT dan TATIUC dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

54256535 2020280354935300 826237474505228288 n

 

53725724 2020584994904836 861477646809169920 o