Produk Penyelidikan UniSZA Raih Anugerah Khas di MTE 2019
UniSZA melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan (RMIC) telah menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) 2019 yang berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari 2019.
Penyertaan pada MTE tahun ini telah berjaya membuahkan hasil yang membanggakan apabila salah satu produk UniSZA, PROPOPLUS : Trigona Beauty telah dianugerahkan anugerah khas – The Best Award. Selain itu, dua (2) pingat emas, empat (4) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa telah dianugerahkan kepada produk UniSZA.
Bertemakan ‘Asia’s Invention and Innovations Marketplace’, MTE 2019 merupakan antara pameran inovasi yang paling menonjol di Asia kerana berjaya menarik kira-kira 8,000 pengunjung dan lebih daripada 500 penyertaan daripada pelbagai negara.
MTE 2019 menyediakan platform yang ideal kepada pencipta, pereka dan usahawan untuk mempamerkan ciptaan dan idea kepada para pelabur, pengilang dan pengedar di seluruh dunia dan di Asia khususnya. Ini menjadikan MTE 2019 sebagai landasan terbaik bagi pengkomersilan dan kolaborasi teknologi.
Program MTE 2019 turut dimeriahkan dengan Sesi Penyerahan Surat Pelantikan Penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin kepada YBhg. Prof. Dato' Paduka Mohamad Abu Bakar oleh Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.
YBhg. Prof. Dato' Paduka Mohamad Abu Bakar turut berkesempatan melawat produk inovasi UniSZA yang dipertandingkan diiringi oleh Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan serta Pengurusan RMIC.
Turut melawat booth dan produk UniSZA adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad yang diiringi oleh Pengarah RMIC, Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Bahri Mohamed.
Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan urusetia UniSZA yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan UniSZA di MTE 2019.
Keputusan Penyertaan UniSZA dalam MTE 2019
Bil. |
Nama Ketua Penyelidik |
PTj |
Produk |
Anugerah |
1 |
Prof. Madya Dr. Khamsah Suryati binti Mohd |
FBIM |
PROPOPLUS : Trigona Beauty |
Pingat Emas & The Best Award |
2 |
Dr. Mohd Khairul Amri bin Kamaruddin |
ESERI |
EMR Suppressor Design for Phone Cover |
Pingat Emas |
3 |
Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah |
ESERI |
Intelligent Speed Trap Information System (ISTiS) |
Pingat Perak |
4 |
Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah |
ESERI |
Smart Body Motion Detector Devices (SBMDDs) |
Pingat Perak |
5 |
Dr. Nurnadiah binti Zamri |
FIK |
Electronic Mental Assessment and Self-Treatment (e-MAST) |
Pingat Perak |
6 |
Dr. Roslan bin Umar |
ESERI |
e-Solar : Online Solar Alert System for CALLISTO Spectra |
Pingat Perak |
7 |
Prof. Madya Dr. Hafizan bin Juahir |
ESERI |
CAJUHEALER Melaleuca Cajuputi Powell Essential Oils Enriched with Virgin Olive Oil |
Pingat Gangsa |
8 |
Dr. Norshazila binti Shahidan |
FBIM |
V-Nutrichoc : Chocolate Fortified with Selected Local Crops and Vegetables |
Pingat Gangsa |
9 |
Prof. Madya Dr. Mokhairi bin Makhtar |
FIK |
UTime : University Course and Examination Timetabling System |
Merit |
10 |
Dr. Radzuwan bin Ab. Rashid |
FBK |
Networked Learning Game of Long Pole |
- |