• News
  • Automated Liquid Drug Dispenser Rangkul Anugerah Harta Intelek Nasional 2018

Automated Liquid Drug Dispenser Rangkul Anugerah Harta Intelek Nasional 2018


13 September 2018 - Produk inovasi ciptaan UniSZA iaitu
Automated Liquid Drug Dispenser telah berjaya mendapat pengiktirafan di Majlis Anugerah Harta Intelek Kebangsaan 2018. Majlis Anugerah ini telah dianjurkan untuk tahun ke-13 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Majlis Anugerah yang bertemakan "Harta Intelek Tempatan Ke Persada Dunia" menyaksikan hampir 600 penyertaan daripada universiti, sekolah tinggi, individu serta sektor awam dan swasta. Majlis Anugerah Harta Intelek Kebangsaan 2018 diadakan bagi mengiktiraf pencipta dan inovator dari seluruh negara dan organisasi terbaik yang terlibat secara aktif dalam pembangunan, pengkomersialan dan pengurusan harta intelek.

Produk Automated Liquid Drug Dispenseryang diketuai oleh Prof. Dr. Nasir Bin Mohamad serta ahli iaitu Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Bin Mohamed (FRIT), Prof. Madya Dr. Rohayah Binti Husain (FP), Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Bin Syed Omar (FKI), Dr. Hj. Khairi Bin Che Mat (FP), Dr. Nor Hidayah Binti Abu Bakar (FP), En. Mohd Shahril Bin Othman (FKI) dan En. Marwan Bin Mohamad (FRIT) telah memenangi pingat Gangsa dalam Kategori Patent.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00, medal dan sijil penghargaan yang diiktiraf oleh Organisasi Harta Intelek Dunia (WIPO).

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penyelidik kerana telah mengharumkan nama UniSZA.

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan hadiah kepada wakil kumpulan
Automated Liquid Drug Dispenser, Dr. Nor Hidayah Abu Bakar (tiga dari kanan) dan En. Marwan Mohamad (kanan). 

 

 
 
 
 
Keseluruhan pemenang bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
dan hadiah kemenangan.

 

 

 

 

Wakil rakan kongsi projek Automated Liquid Drug Dispenser, En Abd. Rashid Mohamed, Dr. Nor Hidayah Abu Bakar (tiga dari kanan) dan
En. Marwan Mohamad (kanan) bersama piala gangsa dan mock cheque Anugerah Harta Intelek Negara 2018.

 

 


 

Hadirin Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2018 mendengar ucapan perasmian dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.