• News
  • UniSZA Raih Kejayaan 100 Peratus di ITEX 2018

UniSZA Raih Kejayaan 100 Peratus di ITEX 2018

11 Mei 2018 - UniSZA melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (RMIC) telah menyertai 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).


Program yang berlangsung pada 10 - 12 Mei 2018 telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Rekaan dan Inovasi Malaysia (MINDS), Tan Sri Emeritus Professor Dr. Augustine S. H. Ong. Program yang memasuki edisi ke-29 ini adalah pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa yang berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan daripada 22 buah negara dengan tema 'Nyalakan Kreativiti Anda'.


Turut melawat booth UniSZA bagi melihat sendiri kemeriahan dan kelebihan 20 produk yang mewakil UniSZA adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Pendaftar UniSZA, En. Ismail bin Ahmad yang diiringi oleh dan Pengarah dan Timbalan Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed serta Prof. Madya Dr. Zarina Binti Mohamad.

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penyelidik dan urusetia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan ITEX 2018. Semoga usaha memartabatkan UniSZA di peringkat global akan diteruskan pada masa hadapan.

Senarai pemenang produk UniSZA di ITEX 2018 sepertimana berikut;

Bil.

Penyelidik

Fakulti

Produk

Pingat

1

Mohammad Hailmi Sajili dan ahli

 FBIM

MyPlantDIY (Malaysian Plant Diagnose It Yourself) App

Perak

2

Dr. Mohd Khairul Amri Kamarudin dan ahli

 FSSG

Electromagnetic Radiation Phone Cover (EMR pc)

Gangsa

3

Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah dan ahli

 FSSG

Smart Body Motion Detector Devices (SBMDDs)

Gangsa

4

Prof. Madya Dr. Mokhairi Makhtar dan ahli

FIK 

UTime : University Course and Examination Timetabling System

Emas

5

Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir dan ahli

ESERI 

Intelligent Speed Trap Information System (ISTIS)

Gangsa

6

Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir dan ahli

Cajutech Extraction For Backyard Agricultural

Economic Activity

Perak

7

Dr. Radzuwan Ab. Rashid dan ahli

FBK 

Immersive Networked Game Of Long Pole (ING-LP)

Emas

8

Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin dan ahli

 FKI

Dabt al-Quran

Gangsa

9

Prof. Dr. Sakinah Harith dan ahli

 FSK

WeDIET: An Application for Diet Related Diseases and Weight Loss Coach

Gangsa

10

Prof. Madya Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah dan ahli

 FIK

eDataX: Performance Management System

Perak

11

Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff Raja Hussin dan ahli

i-CODE

i-Wudu’ : An Automated Ablution Machine

Emas

12

Prof. Madya Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah dan ahli

FIK 

OnTime: Project Management System

Perak

13

Prof. Madya Dr. John Tang Yew Huat dan ahli

 FBIM

EatSAFE StopWASTE

Perak

14

Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman dan ahli

 FIK

Smart Farming: Intelligent Behaviour and Activity Tracking of Dairy Goat

Perak

15

Dr. Roslan Umar dan ahli

ESERI 

MyRFI-2.0: Web-Based Map Viewer As A Tool To Visualize RFI Level for Environmental Monitoring and Management

Perak

16

Dr. Zarinah Zakaria dan ahli

FBIM 

BRS Bread

Gangsa

17

Dr. Abdul Rahman Hassan dan ahli

ESERI 

Fishbone Membrane (FB-M) for Dyes Wastewater

Emas

18

Prof. Madya Dr. Mohd Mokhlesur Rahman dan ahli

i-CODE 

Halal Insulin Nanoparticles : An Innovative and Painless Drug Delivery Patch for Diabetics

Emas

19

Dr. Roslan Awang dan ahli

 FRIT

Smart Barn

Perak

20

Holifa Saheera Asmara dan ahli

 FSK

Toco-Plus

Gangsa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin (Tengah)
Bersama-sama Para Peserta dan Urusetia ITEX 2018

 

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif melawat produk diiringi oleh Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed dan dan Pendaftar UniSZA, En. Ismail bin Ahmad.

 

 

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad melawat produk UniSZA di ITEX 2018

 

Para Peserta dan Urusetia UniSZA di ITEX 2018