• News
  • UniSZA Raih Kejayaan 100% di MTE 2018

UniSZA Raih Kejayaan 100% di MTE 2018

UniSZA melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan (RMIC) telah menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) 2018 yang berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Februari 2018.


Penyertaan pada MTE tahun ini telah berjaya membuahkan hasil yang amat membanggakan apabila semua produk UniSZA berjaya memenangi pingat. Sebanyak empat (4) pingat emas dan lima (5) pingat perak telah berjaya diperolehi oleh produk UniSZA. Pencapaian ini lebih membanggakan apabila produk i-Wudhu' hasil ciptaan Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff Raja Hussin dan ahli berjaya memperoleh Anugerah Khas MTE 2018.


Bertemakan 'Asia's Invention and Innovations Marketplace', MTE 2018 merupakan antara pameran inovasi yang paling menonjol di Asia kerana berjaya menarik kira-kira 8,000 pengunjung dan lebih daripada 200 penyertaan daripada pelbagai negara.


MTE 2018 menyediakan platform yang ideal kepada pencipta, pereka dan usahawan untuk mempamerkan ciptaan dan idea kepada para pelabur, pengilang dan pengedar di seluruh dunia dan di Asia khususnya. Ini menjadikan MTE 2018 sebagai landasan terbaik bagi pengkomersialan dan kolaborasi teknologi.


Turut melawat booth dan produk UniSZA adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad yang diiringi oleh Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed.


Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan urusetia UniSZA yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan UniSZA di MTE 2018.

 

Keputusan Penyertaan UniSZA dalam MTE 2018

 
 

Bil.

Nama Ketua

PTj

Projek

Pingat

 1

Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff Raja Hussin

i-CODE

i-Wudu’ : An Automated Ablution Machine

Anugerah Khas

&

Pingat Emas

 2

Prof. Dr. Nasir Mohamad

FP/ i-CODE

i-Dispenser:     An Intelligent Dispensing Machine

Pingat Emas

 3

Dr. Radzuwan Ab Rashid

FBK

Virtual Speaking Buddy 4.0

Pingat Emas

 4

Dr. Roslan Umar

ESERI

Burst Finder: Automated Solar Radio Burst Detection For E-Callisto Spectra

Pingat Emas

 5

Prof. Madya Dr. Mohamad

Razali Abdullah

FSSG/ ESERI

Relative Age Effect – Fitness Index Calculator

Perak

 6

Prof. Madya Dr. Mohamad

Razali Abdullah

FSSG/ ESERI

Digital Technology Sit and Reach 2.0 (DISAR 2.0)

Perak

 7

Prof. Madya Dr. Mohamad

Razali Abdullah

FSSG/ ESERI

Sepak Takraw Game Analysis Software (StGAS)

Perak

 8

Prof. Dr. Nasir Mohamad

FP/ i-CODE

Nuzadone : A Combination Of Functional Food For Methadone Maintenance Therapy Program Client

Perak

 9

Prof. Dr. Azizah Endut

FRIT

In-Situ Bio-engineered Microalgae Harvester (iMB)

Perak

 

 

Para Peserta dan Urusetia MTE 2018

 

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad melawat booth UniSZA, diiringi oleh Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed.

 

Produk i-Wudhu' yang diketuai oleh Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff Bin Raja Hussin memenangi Anugerah Khas & Pingat Emas