UniSZA Terus Raih Kejayaan di Korea

30 November 2017 - UniSZA terus unggul di arena antarabangsa apabila memperoleh kejayaan yang cemerlang di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017.


Program ini telah berlangsung pada 30 November hingga 3 Disember 2017 bertempat di Dewan Pameran COEX, Seoul, Korea Selatan. Penyertaan kali ke-3 ini telah berjaya menghadiahkan kejayaan apabila delegasi UniSZA berjaya membawa pulang tiga (3) pingat emas, tiga (3) pingat perak, dua (2) pingat gangsa.


Pameran yang berlangsung selama empat (4) hari ini dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA). Penglibatan dalam pameran ini amat penting kerana ia akan membuka peluang kepada para pencipta untuk berkolaborasi dan saling bertukar idea serta pandangan bagi penyelidikan dan inovasi yang akan dilaksanakan pada masa hadapan. Penyertaan ke program seumpama ini juga dapat memberi ruang kepada pencipta untuk mendedahkan ciptaan mereka sekaligus menjadi batu ukuran terhadap pencapaian mereka dalam bidang yang mereka ceburi.


Kejayaan kali ini lebih bermakna apabila UniSZA turut memperoleh satu (1) anugerah khas menerusi produk i-Dispenser yang diketuai oleh Prof. Dr. Nasir Mohamad. Produk berkenaan dicipta untuk membantu mengoptimakan rawatan ketagihan dadah. Produk ini berfungsi secara automatik dan segala maklumat pesakit disimpan dalam pangkalan data bagi memastikan ia tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan urusetia UniSZA yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan UniSZA di program SIIF 2017.

 

 

 

   Penyertaan Produk UniSZA di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017.

Bil.

Nama Ketua Penyelidik

Fakulti

Nama Produk

Pingat

1

Prof. Dr. Nasir Mohamad

FP

i-Dispenser : An Intelligent Dispensing Machine

Anugerah Khas &

Pingat Emas

2

Prof. Dr. Azizah Endut

ESERI/ FRIT

COSHE - CAT

Pingat Emas

3

Dr. Radzuwan Ab Rashid

FBK

Virtual Speaking Buddy (VIRSBUD)

Pingat Emas

4

Dr. Roslan Umar

ESERI

Burst-Finder: Automated Solar Radio Burst Detection for e-Callisto Spectra

Pingat Perak

5

Dr. Roslan Umar

ESERI

MyRFI Map: Mapping for Radio Frequency Interferences in Peninsular Malaysia

Pingat Perak

6

Napisah Hussin

FSK

Breadfruit Resistant Starch (BRS): Potential Dietary Fiber Functional Food Ingredient

Pingat Perak

7

Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah

ESERI/ FSSG

Relative Age Effect - Fitness Index Calculator (RAE-FIC)

Pingat Gangsa

8

Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah

ESERI/ FSSG

Sepak Takraw Game Analysis Software (STGAS)

Pingat Gangsa

9

Prof. Dr. Lua Pei Lin

FP

CanDi: A Malaysian-Tailored Dietary Smartphone App for Cancer Patients and Survivors

-