• News
  • Taklimat Pengenalan Harta Intelek & Pengkomersialan Produk KIK UniSZA

Taklimat Pengenalan Harta Intelek & Pengkomersialan Produk KIK UniSZA

23 November 2017 - Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (RMIC) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar dan TEE IP Sdn. Bhd. telah menganjurkan Taklimat Pengenalan Harta Intelek & Pengkomersialan Produk kepada Ahli Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UniSZA.

Taklimat yang diadakan di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran UniSZA, Kampus Gong Badak ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada ahli KIK dan Pemandu KIK.

Taklimat yang disampaikan oleh wakil TEE IP Sdn. Bhd. ini bertujuan memberi pendedahan asas mengenai perlindungan Harta Intelek kepada kumpulan KIK UniSZA. Taklimat berkenaan membantu memberi kesedaran kepada peserta yang hadir terhadap kepentingan melindungi produk hasil ciptaan mereka. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan peluang dan kaedah pengkomersialan yang boleh dijalankan dengan produk KIK UniSZA.

Semoga taklimat yang dianjurkan berkenaan dapat melonjakkan lagi jumlah perlindungan harta intelek yang dihasilkan oleh KIK seterusnya menjana pendapatan kepada Universiti melalui proses pengkomersialan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penceramah, ahli pemandu KIK, ahli KIK, dan urusetia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan taklimat berkenaan.

 

Taklimat disampaikan oleh Puan Low Siah Shin dan En. Mohd Khairulamin Sulaiman daripada TEE IP Sdn. Bhd.

 

Para Peserta Seminar

 

En. Mohd Hazrul Hashim (Ahli Pemandu KIK UniSZA), menyampaikan cenderamata kepada penceramah, En. Mohd Khairulamin Sulaiman, daripada TEE IP Sdn. Bhd.

 

En. Mohd Hazrul Hashim (Ahli Pemandu KIK UniSZA), menyampaikan cenderamata kepada penceramah, Puan Low Siah Shin, daripada TEE IP Sdn. Bhd.