• News
  • Majlis Pelancaran Program Pemindahan Ilmu Universiti-Komuniti Sempena PECIPTA'17

Majlis Pelancaran Program Pemindahan Ilmu Universiti-Komuniti Sempena PECIPTA'17

Kuala Nerus, 7 Oktober 2017 – Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Zubir bin Embong, telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Pemindahan Ilmu Universiti-Komuniti di Stadium Tertutup di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus sempena PECIPTA'17.
Dalam ucapan perasmian, Dato' Haji Mohd Zubir menegaskan, usaha penyelidikan dan inovasi amat penting dan perlu diteruskan tanpa had supaya ilmu pengetahuan ditingkatkan untuk keselesaan dan kesenangan manusia sejagat.


Program Pemindahan Ilmu Universiti-Komuniti dianjurkan oleh UniSZA, UMT dan KPT sempena PECIPTA'17 ini adalah berhasrat untuk meningkatkan kadar pemindahan ilmu daripada universiti kepada komuniti secara sistematik. UniSZA, UMT & KPT sentiasa komited dalam membantu komuniti setempat dalam meningkatkan produktiviti dan taraf hidup komuniti setempat.
Program pemindahan Ilmu ini merangkumi 6 bidang utama iaitu pertanian, e-pengkomersialan, kelestarian sumber sekitaran, psiko-spitual, pelancongan dan pembangunan komuniti. Fasa pertama program ini bermula di kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

 

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu,
Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Zubir bin Embong, merasmikan Majlis Pelancaran Program Pemindahan Ilmu Universiti-Komuniti