UniSZA Raih 25 Pingat di PECIPTA 2017

Kuala Nerus, 7 Oktober 2017 - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya meraih satu (1) anugerah khas, lima (5) pingat emas, lima (5) pingat perak dan 16 pingat gangsa di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA'17).

UniSZA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menganjurkan PECIPTA'17, bermula pada 7 hingga 9 Oktober 2017, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Bertemakan Memupuk Usahawan Menerusi Pendidikan, Industri, Teknologi dan Inovasi Sosial, PECIPTA'17 adalah acara dwi-tahunan yang dianjurkan secara bersama di antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UA, sejak tahun 2000.

Sebanyak 416 produk dipamerkan sepanjang PECIPTA'17 yang membabitkan 20 penyertaan dari Universiti Awam (UA), 20 IPT Swasta, tujuh (7) buah politeknik dan dua (2) buah Kolej Komuniti.

Turut disempurnakan dalam Ekspo berkenaan ialah majlis pertukaran lapan (8) dokumen Persetujuan dan Persefahaman. Tiga (3) daripadanya adalah pertukaran dokumen persefahaman pengkomersialan produk UniSZA iaitu produk Milling Machine yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed dengan Casa Armada Sdn Bhd., produk i-dispenser yang diketuai oleh Prof. Dr. Nasir Bin Mohamad dengan Technosol Resources Sdn. Bhd. dan pertukaran dokumen produk Propoplus Cosmetic yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khamsah Suryati Binti Mohd dengan YMR International Marketing.

Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi telah merasmikan majlis pembukaan pameran ini yang diiringi oleh Naib Canselor UniSZA, Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif dan Naib Canselor UMT, Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar.

Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, mengucapkan ribuan tahniah dan syabas kepada KPT, UniSZA dan UMT kerana berjaya menganjurkan program bertaraf antarabangsa dan berjaya menarik lebih 12,000 pengunjung dari dalam dan luar Terengganu, walaupun julung kalinya diadakan luar dari lokasi asalnya iaitu di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Beliau juga menyatakan program seumpama ini amat penting kerana ia membuka peluang kepada para penyelidik untuk berkolaborasi dan saling bertukar idea serta pandangan bagi penyelidikan dan inovasi yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.

UniSZA terus unggul apabila Produk CanDi: A Malaysian-Tailored Dietary Smartphone App for Cancer Patients and Survivors hasil ciptaan penyelidik UniSZA dari Fakulti Farmasi & Fakulti Sains Kesihatan telah menerima Semi Grand Award dan membawa pulang RM 500. Hadiah disampaikan oleh Ketua pengarah Pengajian Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir sekaligus menyempurnakan majlis penutup PECIPTA, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan urusetia KPT, UniSZA dan UMT yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan UniSZA di PECIPTA 2015.

 

 

Pemenang Pingat PECIPTA 2017 (UniSZA)

Bil.

Nama

Fakulti

Projek

Pingat

1

Prof. Dr. Lua Pei Lin, Dr. Noor Salihah Binti Zakaria, Dr. Aryati Binti Ahmad, Dr. Mohd. Razif Bin Shahril, Nik Mohd. Imran Bin Nik Ibrahim, Ainor Fatimatul Akmal Binti Mohd. Latif

FF/ FSK

CanDi: A Malaysian-Tailored Dietary Smartphone App for Cancer Patients and Survivors

Emas & PECIPTA’17 Semi Grand Award

 2

Napisah Hussin, Dr. Mohd Adzim Khalili Rohin, Dr. Zarinah Zakaria, Siti Nuriah Mohd Noor

FSK

Sukun Resistant Starch

Emas

 3

Prof. Dr. Nasir Mohamad, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Bin Mohamed, Marwan Bin Mohamad, Mohamad Sobri Bin Hamid

FP/ FRIT

Methadone Dispensing Technology (MEDITECH)

Emas

 4

Dr. Radzuwan Ab Rashid, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed, Mohd Fazry A Rahman, Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin

FBK/ FRIT/ FIK

Virtual Speaking Buddy (VIRSBUD)

Emas

 5

Dr. Roslan Umar, Nur Zulaikha Mohd Afandi, Dr. Nor Hazmin Sabri, Prof. Dr. Zainol Abidin Ibrahim, Prof. Madya Dr. Zamri Zainal Abidin , Christian Monstein

ESERI

Burst-Finder: Automated Solar Radio Burst Detection for e-Callisto Spectra

Emas

 6

Prof. Dr. Azizah Endut, Dr. Fathurrahman Lananan, Sharifah Hanis Yasmin Sayid Abdullah, Dr. Ireana Yusra Abdul Fatah, Mohd Hazim Abd Aziz, Siti Hajar Abdul Hamid, Wan Nur Sakinah Din, Amir Fadzli Abdul Ghani

ESERI/ FRIT

COSHE - CAT

Perak

 7

Dr. Abd Jamil Zakaria, Siti Sabariah Binti Ahmad, Zakiah Binti Mustapha

FBIM

Superb Agro Media

Perak

 8

Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah, Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir, Siti Musliha Mat Rasid, Norlaila Azura Kosni, Ahmad Bisyri Husin Musawi Maliki, Aleesha Adnan, Rabiu Muazu Musa, Nur Nazrila Abdul Kadir

ESERI/ FSSG

Relative Age Effect - Fitness Index Board (RAE-FIB)

Perak

 9

Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah, Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir, Norlaila Azura Binti Kosni, Ahmad Bisyri Husin Musawi Bin Maliki, Aleesha Binti Adnan, Siti Musliha Binti Mat Rasid, Rabiu Muazu Musa

ESERI/ FSSG

Sepak Takraw Game Analysis Software (STGAS)

Perak

 10

Prof. Dr. Zuhairah Ariff Binti Abd Ghadas, Dr. Engku Fadzli Hasan Bin Syed Abdullah, Dr. Azrul Amri Bin Jamal, Mohd Hosni Bin Rifin, Mohd Fadzrul Hanif Bin Fadzilah, Abgenah Saif Allah Meftah , Hadri Bin Omar

FUHA/ FIK/ FRIT

iVIN: Interactive Visual Impairment Navigator Headgear

Gangsa

 11

Dr. Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Wan Mohd Khairulfirdaus Wan Khairuldin, Tasnim Abdul Rahman, Wan Fajrulhisyam Bin Wan Abdullah

FKI

Manual Tajwid Audio (MATA) untuk OKU Penglihatan Islam

Gangsa

 12

Dr. Roslan Umar, Nik Ahmad Firdaus Nik Wan, Dr. Mohd Khairul Amri Kamarudin, Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir, Dr. Nor Hazmin Sabri, Prof. Dr. Zainol Abidin Ibrahim,Prof. Madya Dr. Zamri Zainal Abidin

ESERI

MyRFI Map: Mapping for Radio Frequency Interferences in Peninsular Malaysia

Gangsa

 13

Dr. Muhamad Fazil Ahmad, Prof. Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som,Dr. Norsuhaily Abu Bakar, Prof. Dr. Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin, Dr. Mohd Yusri Bin Ibrahim, Prof. Madya Dr. Mokhairi Bin Makhtar

FSSG/ FIK

A VU TutoReal

Gangsa

 14

Prof. Dr. Azizah Endut, Dr. Fathurrahman Lananan, Sharifah Hanis Yasmin Sayid Abdullah, Dr. Ireana Yusra Abdul Fatah, Mohd Hazim Abd Aziz, Siti Hajar Abdul Hamid, Wan Nur Sakinah Din, Amir Fadzli Abdul Ghani

ESERI/ FRIT

Wacol-Biodiesel

Gangsa

 15

Nor Ziratul Aqma Binti Norzaman, Muhammad Faez Bin M Zaki, Nur Syawallina Binti Abdul Aziz, Mohd Hosni Bin Rifin, Mohd Ridzhwan Zaim Bin Mohd Rauf, Nasaruddin Shah Bin Morani

FRIT

TEGUK: Emergency Portable Water Filter

Gangsa

 16

Dr. Ruwaidy Mat Rasul, Nurul Nafisah binti Mahdi, Muhammad Izzat bin Sharifuddin , Muhammad Nu’aim bin Rahemi

FRIT

Pijāk: Universal Pillion Foot-Boards

Gangsa

 17

Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Bin Mohamed, Zammeri Bin Abd Rahman

FRIT

Structure Analysis of 3 Axis CNC Milling Machine

Gangsa

 18

Dr. Abd Jamil Bin Zakaria, Mohd Nizar Khairuddin, Isharudin Bin Md Isa, Syahrizan Bin Syahlan

FBIM

TPS Fertilizer

Gangsa

19

Dr. Ho Lee Hoon, Norhidayah Che Dahri, Dr. Tan Thuan Chew, Prof. Madya Dr. Kamarul' Ain Mustafa

FBIM

GB Bar

Gangsa

 20

Dr. Suffian Bin Mohamad Tajudin, Dr. Suhailan Bin Safei, Puan Adila Hanim Binti Aminordin Sabri, Dr. Azrul Amri Bin Jamal

FSK/ FIK

e-Radiation Simulator

Gangsa

 21

Prof. Madya Dr. Mokhairi Makhtar, Mohd Khalid Awang, Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman, Mohd Isa Awang, Rosaida Rosly

FIK

iPACC: Intelligent Predictive Analytics For Customer Churn

Gangsa

 22

Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin, Kamariah Awang, Dr. Ismahafezi Ismail, Norkhairani Abdul Rawi, Maizan Mat Amin

FIK

AR-BEST: Belajar Nombor Secara Interaktif

Gangsa

 23

Prof. Madya Dr. Atif Amin Baig, Hassan Anwer Rathore, Saba Riaz, Khalid Muhammad, Dr. Aryati Ahmad, Prof. Dr. Nordin Bin Simbak, Dr. Adzim Mohd Khalili Rohin, Mohammad Ahmed Issa Alhatamleh, Rana Awais Khan, Rao Sanaullah Khan, Sarfraz Ahmed, Zilfalil Bin Alwi, Ahmad Zubaidi A Latiff

FP/ FSK

FAT-O (Anti Obesity Energy Drink)

Gangsa

 24

Prof. Madya Dr. Atif Amin Baig, Norhayati Abd Hadi, Mimie Noratiqah Jumli, Norhaslinda Ridzwan, Saifullah Khan, Holifa Asmara, Yasrul Izad Bin Abu Bakar, M. Ilyas Nadeem, Ahmad Faizzul Bin Md Hassan, Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff Bin Raja Hussin, Uday Y H Abdullah, Prof. Madya Dr. Norizan Abdul Ghani, Abdi Wira Septama, Prof. Dr. Nordin Bin Simbak

FP/ FSSG

X-Infect

Gangsa

 25

Azilawati Rozaimee, Normala Rahim, Nazirah Abd. Hamid, Siti Dhalila Mohd Satar, Dr. Jamalluddin Hashim, Wan Ismail Wan Abdullah, Wan Malini Wan Isa

FIK/ FKI

Virtual Umrah

Gangsa

Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, merasmikan majlis pembukaan PECIPTA'17, diiringi oleh Naib Canselor UniSZA, Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif dan Naib Canselor UMT, Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar.

 

 

 

Datin Paduka Insenior Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia merasmikan majlis penutup PECIPTA'17

 

 

Pertukaran Dokumen Perjanjian Persefahaman Pengkomersialan Produk Milling Machine yang disempurnakan oleh Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Naib Canselor dan En. Ismail Bin Jusoh, Pengarah Syarikat Casa Armada Sdn Bhd yang disaksikan oleh Datin Paduka Insenior Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia.

 

Pertukaran Dokumen Perjanjian Persefahaman Pengkomersialan Produk Propoplus Cosmetic oleh Ketua Penyelidik, Prof. Madya Dr. Khamsah Suryati Binti Mohd dengan Wakil YMR International Marketing, En. Mohd Yusof Ahmad yang disaksikan olehYang Dipertua Dewan Negeri Terengganu, Dato’ Zubir Embong, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia, Datin Paduka Insenior Dr. Siti Hamisah Tapsir, Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan wakil dari syarikat YMR International Marketing.

 

 

Pertukaran Dokumen Perjanjian Pengkomersialan Produk i-Dispenser yang disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, dan Tuan Haji Mohd Asri Bin Abdul Aziz, Pengarah Technosol Resources Sdn. Bhd.yang disaksikan oleh Datin Paduka Insenior Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia.