• News
  • Virtual Umrah Merangkul Anugerah Harta Intelek Nasional

Virtual Umrah Merangkul Anugerah Harta Intelek Nasional

18 Julai 2017 – Produk UniSZA iaitu Virtual Umrah telah mendapat pengiktirafan di Anugerah Harta Intelek Kebangsaan 2017. Anugerah ini telah dianjurkan untuk tahun ke-12 di Bangsar yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Jamil bin Salleh bagi pihak YB. Menteri KPDNKK.

Anugerah yang bertemakan "Harta Intelek Mensejahtera Kehidupan Rakyat" menyaksikan penyertaan 518 universiti, sekolah tinggi dan individu serta sektor awam dan swasta. Anugerah Harta Intelek Kebangsaan 2017 telah diadakan untuk mengiktiraf pencipta dan inovator dari seluruh negara dan organisasi terbaik yang terlibat secara aktif dalam pembangunan, pengkomersialan dan pengurusan harta intelektual.

Produk Virtual Umrah yang diketuai oleh Pn. Azilawati Rozaimee serta ahli-ahlinya iaitu Dr. Jamalluddin Bin Hashim, Pn. Normala Rahim, Pn. Wan Malini Wan Isa, Pn. Siti Dhalila Mohd Satar, En. Wan Ismail Wan Abdullah dan Cik Nazirah Abdul Hamid telah memenangi pingat gangsa dalam Kategori Hak Cipta. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00, medal dan sijil penghargaan yang diiktiraf oleh Organisasi Harta Intelek Dunia (WIPO).

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penyelidik kerana telah mengharumkan nama UniSZA.

 

 

Dato' Seri Jamil bin Salleh Menyampaikan Hadiah Kepada Ahli Kumpulan Virtual Umrah

 

Ahli Kumpulan Virtual Umrah