• News
  • Seminar Harta Intelek & Pengkomersialan

Seminar Harta Intelek & Pengkomersialan

07 Jun 2017 - Selaras dengan Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2.0) bermula 2017 hingga 2019 sebagaimana diumumkan YAB Perdana Menteri pada 8 Disember 2016,

Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan (RMIC) dengan Kerjasama TEE IP Sdn. Bhd. telah mengambil langkah awal dengan menganjurkan seminar Harta Intelek dan Pengkomersialan. Seminar yang diadakan di di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran UniSZA, Kampus Gong Badak telah dihadiri seramai 30 orang peserta dari warga UniSZA serta Politeknik Kuala Terengganu.

Seminar yang disampaikan oleh wakil TEE IP Sdn. Bhd ini adalah berbentuk outreach ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan kepentingan, jenis dan proses Perlindungan Harta Intelek. Turut diberi pendedahan dalam seminar ini adalah berkaitan peluang dan proses pengkomersialan produk yang dihasilkan oleh para penyelidik.

Semoga melalui seminar ini dapat melonjakkan perlindungan hasil penyelidikan seterusnya menjana pendapatan kepada penyelidik dan Universiti melalui proses pengkomersialan. Sekalung tahniah diucapkan kepada para penceramah, penyelidik dan urusetia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan seminar ini.

 

Seminar disampaikan oleh Ms. Noorserra Aryecca Armat dan Ms. Low Siah Shin daripada TEE IP Sdn. Bhd.

 

Para Peserta Seminar

 

Timbalan Pengarah (Inovasi & Pengkomersilan), RMIC UniSZA, Dr. Zarina Mohamad menyampaikan cenderamata kepada penceramah, Ms. Noorserra Aryecca Armat, TEE IP Sdn. Bhd.

Timbalan Pengarah (Inovasi & Pengkomersilan), RMIC UniSZA, Dr. Zarina Mohamad menyampaikan cenderamata kepada penceramah, Ms. Low Siah Shin, TEE IP Sdn. Bhd.