• News
  • Sesi Taklimat Pengurusan Geran dan Kewangan Penyelidikan 2016

Sesi Taklimat Pengurusan Geran dan Kewangan Penyelidikan 2016

25 Ogos 2016 - Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan (RMIC) dengan jayanya telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Geran dan Kewangan Penyelidikan 2016 bertempat di Bilik Kuliah 101, Blok Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak.

Sesi taklimat yang dibahagikan kepada dua bahagian ini telah disampaikan oleh Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed dan Pegawai Kewangan daripada Pejabat Bendahari UniSZA, En. Hamdy bin Abdullah. Taklimat yang berlangsung hampir 3 jam ini telah dihadiri oleh para penyelidik yang berjaya memperoleh geran Dana Penyelidikan Universiti (DPU) dan Skim Geran Penyelidikan Fundametal (FRGS) bagi tahun 2016. Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberi maklumat dan menerangkan tatacara, prosedur kewangan serta senarai tanggungjawab Ketua Projek dalam aspek pengurusan projek penyelidikan DPU dan FRGS yang sedang dijalankan.


Pihak RMIC mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang hadir serta setinggi penghargaan kepada pihak urusetia yang telah menjayakan taklimat ini. Diharapkan segala maklumat yang disampaikan dapat membantu para penyelidik untuk lebih memahami prosedur pengurusan geran serta kewangan penyelidikan , seterusnya membantu melancarkan perjalanan penyelidikan yang dijalankan.

 

 

Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed sedang menyampaikan taklimat berkenaan pengurusan geran.

Antara peserta yang hadir mendengar taklimat.

 

Penerangan berkenaan pengurusan kewangan penyelidikan oleh En. Hamdy Abdullah, Pegawai dari Pejabat Bendahari UniSZA.