• News
  • UniSZA Raih 100 Peratus Pingat di ITEX 2016

UniSZA Raih 100 Peratus Pingat di ITEX 2016

UniSZA Raih 100 Peratus Pingat di ITEX 2016

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus membuktikan kejayaan yang membanggakan apabila merangkul seratus peratus pingat pada 27th International Invention & Innovation Exhibition ITEX 2016 yang berlangsung bermula 12 – 14 Mei 2016 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

UniSZA telah menghantar 13 produk dan telah meraih lapan (8) pingat emas, empat (4) pingat perak dan satu (1) gangsa. Kemenangan ini lebih bermakna apabila produk Structure Analysis of 3 – Axis CNC Milling Machine hasil ciptaan En. Zammeri bin Abd Rahman dan pasukan dari Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi telah berjaya menerima Anugerah Khas The JIPA Award for the Best Invention in Design. Kejayaan ini merupakan satu kejayaan besar UniSZA yang mana jumlah pencapaian pingat pada tahun ini adalah lebih baik pada tahun sebelumnya.

Pemeran yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Sains,Teknologi & Inovasi; YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau. Turut hadir pada pameran ini adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan), Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman yang diiringi Timbalan Pengarah Inovasi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), Dr. Zarina Mohamad serta pengunjung yang terdiri daripada pelawat industri, pelajar universiti dan sekolah.

ITEX 2016 berjaya menghimpunkan lebih 1000 penyelidikan oleh penyelidik universiti, pusat penyelidikan dalam dan luar negara, sekolah rendah dan menengah, termasuk sektor swasta. Turut diadakan adalah Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) dan Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) yang menjadi platform kepada 152 penyelidik muda negara bagi mempertaruhkan hasil penyelidikan mereka.

Pemenang Pingat ITEX 2016

 

UniSZA merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan tahniah kepada penyelidik dan urusetia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan UniSZA di pameran ITEX 2016.
Senarai pemenang & produk sepertimana berikut;

Nama Ketua Penyelidik

Fakulti/ Institut

Produk

Pingat

En. Zammeri Abd Rahman

Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi

Structure Analysis of 3- Axis CNC Milling achine

Emas &

The JIPA Award for the Best Invention in Design

Prof. Dr. Nasir Mohamad

Fakulti Perubatan

i-Dispenser

Emas

Prof. Madya Dr. Azizah Endut

ESERI

Morella: a Potential Natural Feed Supplement For Fish Larvae

Emas

Dr. Abd Jamil Zakaria

AGROPOLIS

EM Foliar Fertilizer

Emas

Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah

ESERI

Iboat: Intelligent Autonomous Boat For Water Sampling

Emas

Dr. Syadiah Nor Wan Shamsudin

Fakulti Informatik & Komputeran

EZ Hafiz: Easy Quran Memorizer

Emas

En. Ahmad Taufan Abdul Rashid

ESERI

Easy Qibla 3 in 1

Emas

En. Azrul Amri Jamal

Fakulti Informatik & Komputeran

IVER

Emas

Dr. Khamsah Suryati Mohd

FBIM

PROPOLUS: Bees Defence Human Beauty

Perak

Dr. Martini Muhamad

Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi

Banana Composite

Perak

Dr. Yew Been Seok

Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi

CS/B-Sis Bio-Absorber

Perak

Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany

Fakulti Informatik & Komputeran

MYNEXTFUTURE

Perak

En. Mohd Sufian Mat Deris

Fakulti Informatik & Komputeran

i-Tutor Videografi

Gangsa