UniSZA Cemerlang Di NRIC 2015

UniSZA, buat julung kalinya telah menghantar penyertaan ke Novel Research and Innovation Competition (NRIC 2015) yang telah diadakan pada 15 – 18 Ogos 2015 di Universiti Sains Malaysia (USM). Penganjuran NRIC 2015 oleh Majlis Perwakilan Pelajar (USM) ini telah menerima penyertaan sebanyak 123 produk dari Universiti Awam (UA) dan IPTS seluruh Malaysia termasuk Thailand. NRIC 2015 merupakan satu platform kepada para pelajar diploma dan ijazah tahun akhir untuk mempamerkan produk inovasi dalam bidang penyelidikan menerusi hasil penyelidikan, ciptaan dan inovasi projek tahun akhir mereka.


UniSZA dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah menghantar sebanyak 12 produk untuk dipertandingkan di NRIC Edisi 9 ini. Penyertaan buat kali pertama ini telah berjaya merangkul satu (1) pingat emas, tiga (3) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa.


Produk Citrul Noodle hasil ciptaan Norhidayah Che Dahari dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) telah berjaya menggondol pingat emas dan anugerah Creativity Award. Manakala, produk MycroLYTE , Stevibun dan Image Steganography Using RSA And DiffieHillman Algorithm hasil ciptaan Mohd Aiman Hamdan, Anis Mastura Ahmad Fuad dan Pang Kok An masing-masing telah meraih pingat perak. Dua (2) pingat gangsa pula berjaya dirangkul oleh produk Breast Cancer Risk Classifier Online Tool dan Kindergarten Table ciptaan Noor Salsabila Amir Hamzah dan Muhammad Muizzuddin ZulhelmiTajudin. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah mengharumkan nama UniSZA.

Bil.

Nama penyelidik

Fakulti

Nama produk

Pingat dan Anugerah

1

Norhidayah Che Dahri

FBIM

CITRUL Noodle

Emas dan Creativity Award

 2

Mohd Aiman Hamdan

FBIM

MacroLYTE

Perak

 3

Anis Mastura Ahmad Fuad

FBIM

Stevibun

Perak

 4

Pang Kok An

FIK

Image Steganography Using Rsa And Diffie Hillman Algorithm

Perak

 5

Noor Salsabila Amir Hamzah

FIK

Breast Cancer Risk Classifier Online Tool

Gangsa

 6

Muhammad Muizzuddin Md Ami

FRIT

Kindergarten Table

Gangsa

Print