• News
  • Bengkel Pemurnian Buku Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan Siri II

Bengkel Pemurnian Buku Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan Siri II

Kuala Nerus, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Buku Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan Siri II. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini bermula 9 hingga 10 Ogos 2015 ini telah diadakan di Panggung Panca Delima, Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA.


Bengkel ini bertujuan untuk proses pemurnian buku Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan serta mengambil kira pandangan peserta bengkel bagi menghasilkan sebuah buku yang lengkap sebagai bahan rujukan kepada para penyelidik.


Turut hadir pada hari pertama bengkel adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof. Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman. Bengkel ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Penerbitan), Prof. Madya Dr. Connie Fay Komilus dan Timbalan Pengarah (Inovasi), Dr. Zarina Mohamad. Para peserta bengkel ini terdiri daripada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) dan Pengarah Institut.

Diharapkan dengan adanya buku ini, para penyelidik dapat memanfaatkan sepenuhnya bagi memahami dasar dan garis panduan berkaitan penyelidikan, pengkomersilan, persidangan dan sebagainya. Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengarah CRIM, Prof. Ir. Dr. Mohd Rizon Muhamed Juhari.