• News
  • Taklimat Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS)

Taklimat Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS)

4 Ogos 2015, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah mengadakan taklimat bagi Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) bagi tahun 2015. RAGS merupakan dana tunas yang bertujuan untuk membudayakan penyelidikan dalam kalangan penyelidik muda di Universiti Awam (UA) bukan Universiti Penyelidikan (RU) sebagai persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan agar dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Penerbitan) CRIM, Prof. Madya Dr. Connie Fay Komilus telah dihadiri oleh seramai 60 orang pensyarah termasuk Ketua Kluster dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah), UniSZA.


Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan garis panduan permohonan geran penyelidikan dan tatacara kewangan penyelidikan RAGS. Permohonan RAGS melalui sistem My Grants telah dibuka bermula 15 Julai 2015 hingga 15 Ogos 2015. Justeru, para penyarah yang berkelayakan dipohon untuk membuat permohonan ini.