• News
  • Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam Malaysia Ke-37

Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam Malaysia Ke-37

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Awam Malaysia ke-37 pada 14 – 15 Jun 2015. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua TNC (P&I) dan Pengarah-pengarah Pusat Penyelidikan Universiti Awam Malaysia. Turut hadir adalah Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI) Prof. Dr. Raha Abdul Rahim.

UniSZA selaku tuan rumah amat berbangga dengan pemilihan selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada tahun 2011. Agenda utama yang dibincangkan adalah halatuju sesebuah universiti bagi memantapkan peranan universiti sebagai pusat penyelidikan. TNC (P&I) dan pengarah-pengarah juga berpeluang ke Balai Cerap KUSZA bagi melihat sendiri kaedah bagaimana anak bulan dicerap dan turut mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dr. Roslan Umar. Lawatan ini telah dikendalikan oleh pihak Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hafizan Juahir.

Selain itu, pada malam 14 Jun 2015, Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Pengarah-pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi ini telah diraikan dalam satu majlis makan malam bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Terengganu. Majlis Makan Malam ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pejabat- Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), UniSZA kerana bertindak sebagai urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam Malaysia kali Ke-37.