• News
  • Pelantikan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM)

Pelantikan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM)

Tahniah diucapkan kepada Y. Brs. Prof. Ir. Dr. Mohd Rizon Bin Mohamed Juhari kerana telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) yang baharu, berkuatkuasa pada 1 Jun 2015 hingga 21 Mei 2017. Beliau dipilih untuk menggantikan mantan Pengarah CRIM iaitu Y. Brs. Prof. Madya Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman yang telah diberi mandat memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Teknologi Maklumat mulai 1 Jun 2015.

Penyerahan Tugas kepada Pengarah CRIM yang baharu telah disampaikan oleh Mantan Pengarah CRIM, Prof. Madya Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman di Bilik Pengarah CRIM, Rumah Tamu II pada 1 Jun 2015.

Semoga pelantikan ini akan meningkatkan lagi kecemerlangan penyelidikan dan inovasi UniSZA.

 

 Penyerahan Tugas oleh Mantan Pengarah CRIM, Prof. Madya Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman kepada Prof. Ir. Dr. Mohd Rizon Bin Mohamed Juhari.