• News
  • Bengkel Pemurnian Buku Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan, Penerbitan, Inovasi dan Pengkomersilan UniSZA

Bengkel Pemurnian Buku Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan, Penerbitan, Inovasi dan Pengkomersilan UniSZA

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Buku Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan, Penerbitan, Inovasi dan Pengkomersilan UniSZA pada 8 – 9 Mei 2015 bertempat di TH Hotel & Convention Centre. Bengkel yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan) ini turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah dari Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) dan Pusat Pembangunan Komuniti dan Kualiti Hidup (i-CODE).

1

Pengerusi bengkel berharap penerbitan buku dasar dan garis panduan ini akan membantu dan menjadi rujukan para penyelidik UniSZA dalam aktiviti penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersilan produk.

Pihak Urusetia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Penerbitan buku ini adalah bertepatan dengan usaha universiti untuk menyokong kecemerlangan penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersilan agar mampu bersaing di peringkat global.

3