• News
  • Keputusan Permohonan Geran Penyelidikan Pengurusan Bencana Banjir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2015

Keputusan Permohonan Geran Penyelidikan Pengurusan Bencana Banjir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya memperoleh enam (6) projek penyelidikan daripada 24 permohonan dengan peruntukan sebanyak RM413,000.00 di bawah Geran Penyelidikan Pengurusan Bencana Banjir tahun 2015 bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS).

Senarai penerima :-

Bil. Ketua Penyelidik Peruntukan (RM)
1  Y. Brs. Prof. Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman RM 85,200.00
  Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)  
     
2 Y. Bhg. Prof. Datin Norsiah binti Ahmad RM 68,000.00
  Fakulti Undang-undang, Perakaunan dan Hubungan Antarabangsa (FLAIR)  
     
3 Y. Brs. Prof. Dr. Ahmad Shukri bin Yazid RM 70,000.00
  Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE)  
     
4 Y. Brs. Prof. Madya Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud RM 70,000.00
  Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan (FESP)  
     
5 Y. Brs. Dr. Mohd Khairul Amri bin Kamarudin RM 64,200.00
  Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)  
     
6 Y. Brs. Dr. Wan Amalina binti Wan Abdullah@Wan Muda RM 55,600.00
  Fakulti Undang-undang, Perakaunan dan Hubungan Antarabangsa (FLAIR)  
     

Tahniah diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya dan berharap penyelidik dapat menghasilkan penyelidikan yang cemerlang serta memberi impak kepada universiti dan negara. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyelidik atas permohonan yang telah dikemukakan. Diharapkan para penyelidik UniSZA tidak berputus asa dan mengemukakan permohonan bagi geran FRGS yang akan datang.