• News
  • Majlis Perkongsian Ilmu Dan Kerjasama Penyelidikan Bersama Heriot-Watt University, United Kingdom.

Majlis Perkongsian Ilmu Dan Kerjasama Penyelidikan Bersama Heriot-Watt University, United Kingdom.

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (CRIM) dengan kerjasama Insitut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) dan Pejabat Menteri Besar Terengganu telah menganjurkan Program Kerjasama Penyelidikan bersama Heriot-Watt University, United Kingdom pada hari 15 Februari 2015 (Ahad) bertempat di Dewan Senat UniSZA Kampus Gong Badak. Wakil daripada Heriot-Watt University yang hadir ialah Dr. Bhaskar Sen Gupta OBE, Professor in Water Technology, Dr. Gareth Pender, Professor in Environmental Engineering and Head, Department of Energy, Geoscience, Infrastructure and Environment dan Dr. Gina Netto, Assoc. Professor of Sociology. Turut hadir wakil daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu, Y. Brs. Dr. Mohd Rozailan Mamat@Ibrahim, dekan fakulti, pengarah institut dan para pelajar sarjana. Program ini di pengerusikan oleh Y. Brs. Prof. Ir. Dr. Mohd Rizon Mohamed Juhari.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan di antara UniSZA dan Heriot-Watt Universiti dalam pelbagai bidang terutamanya penguruan sumber air di Negeri Terengganu. Pengarah ESERI, Y. Brs. Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir telah membentangkan kepentingan tahap kualiti air sungai dan air bawah tanah terutama di Negeri Pantai Timur disamping kepakaran serta kemudahan peralatan yang terdapat di ESERI. Seterusnya, tetamu jemputan juga dibawa melawat tapak loji perawatan sisa kilang batik di Chabang Tiga, Terengganu.

Diharapkan melalui jalinan perkongsian ilmu dan kerjasama penyelidikan bersama Heriot-Watt University mampu memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.