• News
  • Bengkel Tahunan Kumpulan Penyelidik (NRGS-KPM), UniSZA

Bengkel Tahunan Kumpulan Penyelidik (NRGS-KPM), UniSZA

Kumpulan Penyelidik Nic (NRGS-KPM),UniSZA dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah mengadakan Bengkel Tahunan Kumpulan Penyelidik (NRGS-KPM), UniSZA pada 17 & 18 Januari 2015 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan, UniSZA yang juga selaku Ketua Program NRGS.


Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk membincangkan pencapaian sepanjang tahun 2014 dan merangka strategi penyelidikan bagi tahun 2015 termasuk penganjuran seminar NRGS dan meningkatkan hasil penerbitan. Selain itu, bengkel in turut melibatkan pembentangan laporan kemajuan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) yang dilantik khas di bawah program NRGS ini. Seramai 26 orang penyelidik dan GRA telah menyertai bengkel penyelidikan ini termasuk Ketua Projek, ahli Penyelidik Bersama dan Penyelidik Bersekutu. Di akhir sesi bengkel ini, Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman turut menyampaikan cenderahati kepada The Best Presenter bagi pembentangan projek kemajuan penyelidikan iaitu pelajar sarjana En. Izwan Arif bin Azizan.


Diharapkan bengkel yang diadakan ini dapat memberi impak yang positif terutama dari segi penyelidikan kepada para peserta dan merapatkan silaturahim dalam kalangan ahli penyelidik dan pelajar GRA.