• News
  • Taklimat Pengurusan dan Kewangan Geran Penyelidikan Siri 1/2015

Taklimat Pengurusan dan Kewangan Geran Penyelidikan Siri 1/2015

Pada 12 Januari 2015, pihak CRIM telah menganjurkan Taklimat Pengurusan dan Kewangan Geran Penyelidikan Siri 1/2015 bertempat di Dewan Auditorium, Blok Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak. Taklimat yang disampaikan oleh Y. Brs. Prof. Madya Dr. Norizan Abdul Ghani, Timbalan Pengarah CRIM dan Puan Aizam Awang, Pegawai Kewangan dari Jabatan Bendahari ini bertujuan memberi penerangan berkenaan peraturan menjalankan penyelidikan di UniSZA dan tatacara pengurusan kewangan geran penyelidikan kepada penyelidik UniSZA.

Taklimat ini dihadiri oleh para penyelidik serta pelajar siswazah yang menerima geran FRGS Fasa 2/2014, Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) 2014, Skim Geran Penyelidikan NKEA Pertanian EPP#1 (NRGS) 2014 dan Projek Penyelidikan Komuniti Inisiatif Segitiga Terumbu Karang –MOSTI.

 

Timbalan Pengarah CRIM, Y. Brs. Prof. Madya Dr. Norizan Abdul Ghani sedang menyampaikan taklimat.