PECIPTA 2011

UniSZA telah menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2011) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 13-15 September 2011. Pameran ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dihoskan oleh Universiti Teknologi MARA, ia bertujuan untuk mempamerkan pelbagai produk, ciptaan dan inovasi daripada institusi-institusi pengajian di Malaysia dan luar negara disamping mengatur peluang dan rangkaian untuk penyelidik dan pencipta.


Sebanyak 8 produk daripada penyelidik UniSZA telah dipamer dan dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada Dr. Fadhilah Binti Ahmad pensyarah Fakulti Informatik kerana memenangi pingat gangsa kategori "new entry" melalui produk i-KAFA: Islamic Knowledge Multimedia Courseware.

 

 

 

 

Print