Seoul International Invention Fair 2013

    Pusat Pengurusan Penyelidikan dan (CRIM) telah menguruskan dua (2) penyertaan produk UniSZA ke Persidangan Antarabangsa “Seoul International Invention 2013” yang berlangsung di COEX Hall A, Seoul, Korea pada 29 November hingga 2 Disember 2013. Pameran ini dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA).

    menyambut ulang tahun ke-9 pada tahun ini, yang dihoskan kira-kira 702 ciptaan baru generasi dari 31 buah negara yang berlainan termasuk Jerman, Korea, Rusia, Thailand, Bosnia and Herzegovina, Slovenia,Malaysia, Taiwan dan lain-lain negara dan menarik pengunjung dari seluruh dunia.

    Pameran ini merupakan salah satu 4 pameran ciptaan peringkat antarabangsa selain daripada IENA di Jerman, INPEX di Pittsburg, Amerika Syarikat dan Antarabangsa Reka Cipta Geneva di Switzerland.

    Penyertaan ke pameran ini amat penting kerana ianya menjadi jalan pintas bagi memasarkan produk, mempromosi nama UniSZA, mempamerkan pengiktirafan akademik dan penerbitan sebagai output produk penyelidikan UniSZA.

    Ini merupakan kali pertama UniSZA menghantar penyertaan ke luar negara. Penyertaan ini telah membuka mata ramai pihak hasil kejayaan 100% UniSZA di mana kedua-dua memenangi pingat perak dan gangsa.

    Sekalung tahniah kepada para penyelidik UniSZA yang telah berjaya memenangi pingat dalam SIFF 2013. Maklumat lanjut seperti berikut:-

    Bil

    Nama

    Nama Produk

    Anugerah/Pingat

    1

    Dr. Hudzari Haji Razali

    i-Toxicity Removal

    Perak

    2

    Mohd Kamir Yusof

    Ovarian Tumour Diagnosis System

    Gangsa

    Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan semua kakitangan UniSZA yang terlibat dalam menjayakan penyertaan berkenaan.