42nd International Exhibition of Inventions of Geneva

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) dan Malaysian Association of Research Scientists (MARS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menguruskan penyertaan ke 42nd International Exhibition of Inventions of Geneva di Dewan Palexpo 7, Geneva, Switzerland pada 2-6 April 2014.

 473x357-images-geneva-pameran-geneva-1-500  Para Peserta dan Delegasi UniSZA di 42nd International Exhibition of Inventions of Geneva.

Sebanyak lima (5) produk UniSZA telah dipertandingkan dalam tiga kategori iaitu Computer sciences-software-Electronics-Electricity-Methods of communication, Furnishing-Interior architecture, Teaching methods and materials-Musical instruments-Art materials. Penyertaan UniSZA telah diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Kontinjen UniSZA terdiri daripada Dr. Khamsah Suryati Mohd (Timbalan Pengarah CRIM (Inovasi)-Urusetia), Prof Dr. Lua Pei Lin (FPSK), Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah (FIK), Normala Rahim (FIK), Azwa Abdul Aziz (FIK) dan Muhammad Muzzammel Mukhtar (FSTK).

pameran geneva 2-500     Produk IAEEP ciptaan Prof Dr. Lua Pei Lin memenangi Pingat Emas     

pameran geneva 3-500Produk i-Warner Ciptaan Engku Fadzli Hasan memenangi Pingat Emas

Produk-produk yang dipertandingkan ialah:

i. Interactive Animated Epilepsy Education Programme (IAEEP) for Children (Prof Dr. Lua Pei Lin)

ii. Vitual Umrah (Puan Normala Rahim)

iii. ExGenoba

iv. Zulhause (Muhammad Muzzammel Mukhtar)

v. i-Warner

UniSZA telah berjaya memenangi pingat untuk semua penyertaan termasuk dua (2) anugerah khas.

i. Pingat emas (2): dimenangi produk Interactive Animated Epilepsy Education Programme (IAEEP) for Children dan i-Warner

ii.Pingat perak (2): dimenangi produk Zulhause dan Virtual Umrah.

iii.Pingat gangsa (1): pula dimenangi produk ExGenoba.

iv.Anugerah Khas (2): Produk Virtual Umrah (Certificate of Innovation Recognition for Outstanding Achievement daripadaThe General Presidency for the Holy Mosque and Prophet Holy Mosque Affairs, Kingdom of Saudi Arabia). Manakala produk ExGenoba (Korea Invention Promotion Association (KIPA)).

Pameran yang berlangsung selama lima (5) hari ini telah dirasmikan oleh Jean-Luc VINCENT, Presiden Jawatankuasa Penganjur Geneva Inventions. Pameran ini adalah anjuran bersama World Intellectual Property Organisation (WIPO), Swiss Confederation dan Bandaraya Geneva. Lebih daripada 1000 ciptaan dipertandingkan pada tahun ini, yang menyaksikan penyertaan dari syarikat, institusi, universiti dan individu dari lebih 45 buah negara. Pameran ini telah dikunjungi seramai 60,000 pelawat sepanjang lima hari pameran berlangsung. Pertandingan ciptaan telah diadili oleh panel juri yang terdiri daripada 85 orang pakar dalam bidang berkaitan. Penglibatan dalam pameran ini amat penting kerana ia menjadi pemangkin bagi memasarkan produk, mempromosi UniSZA, mempamerkan pengiktirafan akademik dan penerbitan sebagai output produk penyelidikan UniSZA.

473x354-images-geneva-pameran-geneva-4-500Virtual Umrah ciptaan Normala menerima anugerah khas Arab Saudi

pameran geneva 5-500ExGenoba ciptaan telah Azwa menerima anugerah Khas Invention Promotion Association (KIPA)

Selain daripada perkongsian idea dan kepakaran, pameran ini juga membuka peluang jalinan kerjasama dan rakan usaha di antara para peserta dan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai syarikat dan organisasi bertaraf antarabangsa. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UniSZA telah mengambil peluang mengadakan perbincangan dengan beberapa delegasi dari beberapa buah negara; termasuklah Timbalan Menteri Pendidikan Thailand, Profesor Pavich Tongroach, Presiden Majlis Penyelidikan Negara Thailand, Professor Dr. Soottiporn Chittmittrapap, Presiden General Presidency for the Affair of the Holy Mosque and the Prophet’s Mosque, Dr. Abdul Rahman al-Sudais dan Timbalan Menteri Pendidikan India.

pameran geneva 6-500Produk Zuhause Ciptaan Muhammad Muzzammel Mukhtar

Memenangi Pingat Perak

pameran geneva 7-500Dr. Khamsah Suryati (Timbalan Pengarah CRIM) memberi penerangan

berkenaan UniSZA kepada para pengungjung

Pelbagai pihak telah menyatakan sokongan dan minat untuk menjalinkan hubungan jangka panjang dalam bidang pendidikan dan penyelidikan bersama UniSZA termasuk beberapa syarikat berpangkalan di Geneva. Produk Virtual Umrah contohnya telah menarik minat beberapa syarikat agensi perlancongan yang ingin memasarkan produk tersebut di pasaran Eropah. Manakala ciptaan perabut Zuhause yang dihasilkan oleh pelajar UniSZA telah menarik minat beberapa syarikat dan individu untuk mendapatkan produk tersebut.

Ucapan penghargaan CRIM kepada para peserta dan semua yang terlibat menjayakan pameran berkenaan.

 
Senarai pingat yang dimenangi adalah seperti berikut:
 
Bil Nama Penyelidik Fakulti Projek Pingat
1 Prof. Lua Pei Lin FPSK Interactive Animated Epilepsy Education Programme (IAEEP) for Children Emas
2 Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah FIK i - Warner Emas
3 Normala Rahim FIK Virtual Umrah Perak
4 Muhammad Muzzammel Mukhtar FSTK Zuhause Perak
5 Azwa Bin Abdul Aziz FIK ExGenoba System Gangsa
 
 
Senarai anugerah khas yang diperolehi:
 
Bil Nama Penyelidik Fakulti Projek Anugerah
1 Normala Rahim FIK Virtual Umrah Certificate of Innovation Recognition for Outstanding Achievement (The General Presidency for the Holy Mosque and Prophet Holy Mosque Affairs, Kingdom of Saudi Arabia)
2 Azwa Bin Abdul Aziz FIK ExGenoba System Korea Invention Promotion Association (KIPA)
 
Maklumat untuk edisi ke-43

Print