• News
  • 5 Produk UniSZA Ke INNOVA 2014, Brussels, Belgium

5 Produk UniSZA Ke INNOVA 2014, Brussels, Belgium

Pada 2 November 2014 yang lalu, satu perjumpaan khas di antara Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan), Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman dan para peserta ke International Exhibition of Innovation, Entrepreneurship and New Technologies (INNOVA) 2014 telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran UniSZA. Perjumpaan ini diadakan khas bagi memperkenalkan para peserta kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan). Perjumpaan ini juga diadakan supaya para peserta dapat memperkenalkan produk ciptaan masing-masing di hadapan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan).

Prof. Madya Dr. Mohd Nordin Abd Rahman (Pengarah CRIM) akan mengetuai delegasi UniSZA ke pameran berkenaan. Pameran tersebut akan berlangsung pada 13 hingga 15 November 2014 di Brussels, Belgium.

Berikut adalah maklumat berkenaan produk dan penyelidik yang terlibat;

Bil. 

Nama 

Fakulti 

Nama Produk 

 1

Addy Putra Md Zulkifli

 FSTK

 Hydryver (Hyperhidrosis Patient)

 2

Nor Ziratul Aqma Norzaman

 FSTK

 Snail Shoes Dryer (SSD)

 3

Shahrul Anuwar Mohamed Yusof

 FSTK

 Nobuzz Lamp

4

Azrul Amri Jamal

FIK

iWheel Chair

5

Mohd Firdaus Yahaya

FBK

 EZ – Arabic for Children : A Virtual Learning Resource Tool for Primary School