• News
  • Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak

Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah mengadakan 'Bengkel Penerbitan Jurnal Berimpak' pada 13 Oktober 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Auditorium Bangunan Akademik, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Seramai 80 orang staf akademik dan para pelajar sarjana telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini telah disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Pemilihan beliau sebagai penceramah jemputan sangat bertepatan, kerana beliau telah menghasilkan 300 artikel jurnal, 4495 citations dan 37 H Indeks. Semasa sesi bengkel berlangsung, para peserta didedahkan dengan teknik penulisan bagi menghasilkan jurnal atau manuskrip yang berimpak. Ini termasuklah bagaimana menghasilkan abstrak dan perbincangan yang bagus dalam penerbitan jurnal.

Bengkel ini secara khususnya dapat membantu para pensyarah dan pelajar bagi meningkatkan kefahaman dalam penulisan dan penerbitan artikel jurnal berimpak.

 

Bahan-Bahan Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak : Download

 

Y. Brs. Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed