MOA

    SKIM GERAN PENYELIDIKAN NKEA HERBA (NRGS)

    Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Skim Geran Penyelidikan NKEA Herba (NRGS) dapat menggalakkan penyelidikan asas dan sains gunaan untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya penyelidikan yang dinamik selaras dengan aspirasi Negara untuk membangunkan industri herba.

    Garis Panduan dan borang permohonan NKEA Herba (NRGS) boleh diperolehi di website www.moa.gov.my