Malaysia Technology Expo (MTE) 2014

    Pusat Pengurusan Penyelidikan dan (CRIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyertai Expo Technologi Malaysia (MTE) 2014 di World Trade Centre (PWTC) pada 20 hingga 22 Februari 2014. Sebanyak 15 produk UniSZA telah dipertandingkan dalam tiga (3) kategori iaitu Malaysia International Design Award, Invention and Innovation Award dan Asian Youth Innovation Awards.

    alt

    Y.B. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia) telah melawat booth UniSZA. Buy Accutane without prescription online here.Buy online..

    Pameran yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah dirasmikan Oleh Y.B. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia)

    Pameran ini dianjurkan oleh Malaysian Association of Research Scientists (MARS) dan PROTEMP Exhibition Sdn. Bhd. Penglibatan dalam pameran ini amat penting kerana ianya menjadi pemangkin bagi memasarkan produk, mempromosi , mempamerkan pengiktirafan akademik dan penerbitan sebagai output produk penyelidikan UniSZA.

    Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia, Y.B. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah telah melawat booth UniSZA disambut oleh Ketua Kontijen, Dr. Khamsah Suryati binti Mohd, Timbalan Pengarah (Inovasi) CRIM.

    alt

    Y.B. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia) sedang melihat produk Furni Exhibition Booth yang dipamerkan di booth UniSZA.

    alt

    Turut melawat booth UniSZA ialah Naib Canselor UniSZA, . Prof. Dr. Yahaya Ibrahim, Timbalan Naib Canselor UniSZA (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr.Mohd Ekhwan Toriman dan Timbalan Naib Canselor UniSZA (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad.

    Sekalung kepada para penyelidik dan urusetia UniSZA yang telah terlibat untuk menjayakan penyertaan UniSZA di pameran MTE 2014.

    alt

    Penilai sedang menilai MyNeST ciptaan Raja Hasyifah binti Raja Bongsu dan Azwa bin Abdul Aziz.

    alt

     Dr. Engku Fadzli Hasan bin Syed Abdullah sedang menerangkan mengenai produk i-Warner kepada penilai.

    alt

    Penilai sedang mencuba keteguhan Zulhausse, kerusi yang dicipta oleh pelajar UniSZA dan dipertandingkan di bawah kategori Asian Youth Innovation.

    Maklumat lanjut berkenaan produk adalah seperti berikut;

    Bil.

    NamaPenyelidik

    PTj

    NamaProduk

    Kategori

    Pingat

    1

    Vivian Lam Shi Wei

    FRTK

    Ju Stool

    Asian Youth Innovation Awards

    Emas

    2

    Amirul Fahmi Razali

    FRTK

    Malaysian Taxi (Interior Design)

    Malaysia International Design Award

    Perak

    3

    Raja Hasyifah Raja Bongsu

    FIK

    MyNest (Malaysian Neighborhood Security Monitoring )

    Invention and Innovation   Award

    Perak

    4

    Shahrul Anuwar Mohamed Yusof

    FRTK

    Doodle Stool

    Malaysia International Design Award

    Gangsa

    5

    Saiful Bahri Mohamed

    FRTK

    i - FB NC Controller

    Invention and Innovation   Award

    Gangsa

    6

    Ahmad Nazari Mohd Rose

    FIK

    i-Warner

    Invention and Innovation   Award

    Gangsa

    7

    Hamdy Abdullah

    PB

    StorSentral V 1.1

    Invention and Innovation   Award

    Gangsa

    8

    Siti Nor Safritah Sayuti

    FRTK

    Gobox

    Asian Youth Innovation Awards  

    Gangsa

    9

    Syazwani Kasmir

    FRTK

    Kibo Rack

    Asian Youth Innovation Awards  

    Gangsa

    10

    Rabiatul Adawiyah Abu Yazid

    FRTK

    Pelex Chair

    Asian Youth Innovation Awards  

    Gangsa