AGROPOLIS

    AGROPOLIS
    Institut Pengeluaran Pertanian & Inovasi Makanan
    http://www.unisza.edu.my/agropolis

    JAMIL

    Pengarah : Dr. Abdul Jamil bin Zakaria

    Latar belakang:

    Telah ditubuhkan pada Julai 2013 dan merupakan sebuah institut yang menjalankan kajian mengenai pengeluaran pertanian dan inovasi makanan. Institut ini menjalankan operasinya di UniSZA kampus Tembila, Besut. Objektif utama penubuhan institut ini adalah untuk menjalankan penyelidikan, pengembangan dan melaksanakan program pengeluaran untuk memajukan pertanian setempat yang melibatkan Pantai Timur Semenanjung malaysia. Di samping mempromosi dan menyokong pengembangan pertanian mapan di peringkat nasional dan antarabangsa, manakala program pendidikannya melahirkan modal insan yang berkemahiran dalam pelbagai bidang portanian. Institut ini menawarkan program pengajian di peringkat sarjana dan falsafah kedoktoran dan penyelidikannnya bertumpu kepada tiga (3) seksyen utama iaitu; Seksyen Tanaman, Seksyen Ternakan dan Seksyen Makanan.