ESERI

    EAST COST ENVIRONMENTAL RESEARCH INSTITUTE (ESERI)
    Institut Penyelidikan Pantai Timur
    http://www.unisza.edu.my/eseri

    HAFIZAN 

    Pengarah: Prof. Madya Dr. Hafizan bin Juahir

    Latar belakang:

    ESERI ditubuhkan sebagai sebuah institut yang memberi perhatian kepada program penyelidikan dalam bidang kejuruteraan Kualiti Alam Sekitar, bidang teknik perlombongan data (Data Mining) seperti Kemometrik/Environmentik serta pengwujudan Sistem Makmal Forensik Pintar Alam yang mengintegrasikan makmal sains dan sistem komputer pintar untuk analisis data yang berakreditasi ISO17025. Penubuhan ESERI dijangka bakal menghasilkan tenaga pakar dalam bidang sains dan kejuruteraan alam sekitar melalui penawaran program pengajian di peringkat siswazah.