i-CODE

    INSTITUTE FOR COMMUNITY DEVELOPMENT & QUALITY OF LIFE (i-CODE)
    Institut Pembangunan Komuniti dan Kualiti Hidup
    http://www.unisza.edu.my/ppkkh/

    DR AZMI

    Pengarah: Prof.Madya Dr. Azmi bin Hassan

    Latar belakang:

    Institut Pembangunan Komuniti dan Kualiti Hidup (IPKKH) dahulunya dikenali sebagai Pusat Pembagunan Komuniti dan Kualiti Hidup (PPKKH) ditubuhkan pada Februari 2009 oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Cadangan menaik taraf kepada institut IPKKH ( i-CODE ) ini adalah berdasarkan perluasan kerangka konsep PPKKH yang sedia ada untuk merintis, mengintegrasi dan memperkasakan penyelidikan kesihatan berbentuk multidisiplin dan holistik yang khusus untuk pembangunan kualiti hidup (quality of life; QoL) komuniti sekeliling dan pekerja industri. Institut ini bakal berfungsi sebagai nukleus peningkatan taraf kehidupan bagi penduduk bandar dan luar bandar, serta pekerja industri dalam membentuk komuniti yang utuh dari segi fizikal, mental, sosial dan rohaninya. Peranan Institut IPKKH ( i-CODE ) selain dari penyelidkan, juga akan menyediakan latihan dan perkhidmatan perundingan kepada komuniti dan industri, terutama IKS (SMI).